Saturday, July 5, 2008

Ibadah Paling Utama

Antara ibadah yang paling penting yang diabaikan oleh umat Islam adalah meninggalkan yang haram. Dalam Ihya Ulumuddin, diriwayatkan peringatan yang pernah dibuat oleh Ummul Mukminin, Aisyah yang berkata, “Kamu melupakan satu ibadah yang paling utama iaitu warak.”Warak bermaksud menjauhi suatu perkara yang haram serta yang mempunyai unsure syubhah (iaitu yang meragukan).Pengambilan benda yang meragukan ataupun haram merosakkan ibadah. Abdullah bin Umar r.u berkata, “Sekiranya kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan kamu berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anak panah, amalan kamu tidak diterima melainkan apabila disertakan dengan warak yang mendinding.”Imam Sufyan at-Thauri juga mengingatkan umat Islam mengenai perkara yang sama. Beliau berkata, “Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpakan seperti seorang yang cuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing. Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan perkara halal.”Ibadah dan warak berkait rapat dengan iman seseorang. Imam Sahl at-Tusturi berkata, “Seseorang tidah sampai ke hakikat iman sehingga ada padanya empat perkara iaitu:

1)Mengerjakan ibadah yang yajib dan sunat
2)Memakan benda yang halal dengan warak
3)Menjauhi perkara yang dilarang samada zahir ataupun batin
4)Bersabar diatas yang demikian itu sehingga mati.”

No comments: