Sunday, January 25, 2009

Aura?

Merah

Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum. Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.


Jingga


Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat yang saya maklumkan pada artikel saya sebelum ini. Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif. Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.


Kuning

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat yang saya maklumkan pada artikel saya sebelum ini. Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia. Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan. Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.



Hijau

Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.
Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.





Biru


Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini. Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman. Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego. Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.


Indigo


Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah. Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacam-macam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di sekeliling mereka. Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri. Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia berkorban.
Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia nyata.


Ungu

Bagi yang beraura ungu, tidak banyak yang boleh saya jelaskan cuma walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara. Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.

Sunday, January 11, 2009

Sakit hati ?


Ad0iiii….xngant0k la plak,td dh td0w kejap..kejap p0m ade gk a dlm 2 jam….hehe! tetiba je rse nk luah perasaan aku neh,skit ati ade..nk marah p0m ade…tp aku sbar je…kekdg diam tu lebih baik dr bercakap…hahahaCum!...ntah ape aku merepek pagi2 buta neh…kite neh idup perlukn kasih syg..tol x? kite neh dijadikan idup berpasangan,tp ble dh ade pak we or makwe…mcm2 hal plak jd…si dia ske kt org len la..mcm2 a,pas2 clash…kn? Tp tu a yg blaku kt aku,sedih ade,nk marah p0m ade..kl0 mrah2 p0m xde gne…buang mse jew..maybe die bkn untukku…tp ble dh dak puan tu maenkn die,pndai plak dtg blik kt aku…wlaupun rse syg tu ad tp ssh aku nk trime die balik….last2 putus je sng…huhu! Tp aku mampu lg utk senyum,gelak,bergurau ngan mber2 aku…wlaup0n tu smua plastik,aku tpkse ubat luka di hati aku
neh…luka dlm sape taw,Allah je taw ape yg aku rse…kl0 luka berdarah tu org bley nmpak..sakit tu mmg sakit tp luka kt dlm n luar berbeza…mungkin suatu hari aku akan dpt jgak cinta luar biasa yg kekal slame nyer…dan bkn cinta biasa….amin…last aku anta msg kt ex-b aku….mcm kt bwah neh…baca a..

“andai esok nafasku berhenti,ingatlah detik trakhir diri ini…andai esok nadi ku mati,MAAFKANLAH KESALAHAN diri ini,hanya satu yg kau perlu tahu,aku gembira +bahagia mengenalimu…sm0ga perpisahan ini bukan alas an utk kte bmusuhan..ku sentiasa doakan dirimu bhgia,,,n sm0ga berjumpa yg lebih baik pdku…Amin”’

Wahhh…lega ckit ati aku…sekadar k0ngsi pengalamn n bercerita…ape yg blaku kt aku bkn la perkara luar biasa tp dh biasa korang dgr..kn2?...ape p0m,blaja2x! jdkan ari neh lebey baik dr ari semlm…tu kte2 smgat aku yg lme…skunk kate2 smgt br…”BUKAN SENANG NK SENANG & BUKAN SUSAH NK SUSAH”

Allahuakbarrr!!!...

Jiwang la plak pagi2 neh..hampeh! huahuahua!

Rahsia nama?

erm2...smua org nk tau ape mksud nama korang kn...haaa....meh cni nk tunjuk...bkak a lman web neh... http://name.crazyartzone.com/

kat bwah neh name aku...hehehehe....ape2 p0m...xtaw la bt0l ke x maksud disebalik huruf nama kite neh...tp pe2 p0m sekadar pengetahuan....

WAN NUR FATHIHAH
WWarak
AAmanah
NNaif
NNaif
UUntung
RRamah
FFleksibel
AAlim
TTulus
HHarum
IIkhlas
HHarum
AAbadi
HHarum
Apa ada pada nama?

Saturday, January 10, 2009

Aku Tak Mungkin Berpaling


Tidak mungkin kuberpaling lagi,Salah sangka yang direncanakan

Gelora melanda ,Adalah dendammu

Setelah diriku

Tak mampu menjadi milikmu


Cukup sudah hati berdarah,Usah ditambah cerita yang sudah

Di mana kekasihmu,Yang pernah kau sanjungi

Mengapa pula padaku,Menjadi pelepas ceritamu

Dan jua sepimu


Usah menabur budi,Mengharapkan simpati

Sedangkan kau menitip

Cemburu iri hati


Tak mungkin kuberpaling,Padamu yang meracuni

Rimbunan kasihku,Sehingga berguguran

Kelopak cinta kita

Kerana mu tak lagi mengerti hatiku


Sehingga berguguran, Kelopak cinta kita, Kerana fitnahmu


Walau segunung sesalmu, Tak mungkin kukembali


Cukuplah sekali, Kejelekanmu


Menggamit pilu


Tidak mungkin kumaafkan lagi,Salah sangka yang direncanakan

Adalah dendammu,Setelah diriku

Tak mampu menjadi milikmu

Sepenuhnya