Monday, September 22, 2008

Dugaanku Di BuLan Puasa...n Raya Dah Nak Dekat...

Hmmm...bulan2 p0se cmnie byak dugaan...kn2...tahan lap0r p0n dugaan gk...tp bln p0se kn byak kelebihan nyer..mgu ke-2 last puasa aku demam...terpakse la p0nteng kelas 2 ari,surat cuti sakit xdek...doktor xdek,so..surat cuti xdek gk la...heehehehe...
tp skunk da msuk mgu last puasa demam dh ok ckit...tp sakit tekak plak..ubat actifast tlekat kt tekak...sakit wo000...nk mkn..minum p0n ssh...time bkak p0se la...jgn salah paham plak yew..uhuk3x!....tp alhamdulillah,ubat itu berjaya ku telan smpai sakit2 kepala aku nk mnelan nyer....ad0w la....mcm xcaye plak mgu dpn dh nk raye...aku nk jpe kwn2 baek aku...kite org dinamakan "TRIPLE F" (FATHIHAH,FADHILAH,FARHA),sbb kite org mmg kwn rapat....wahhh!!...mcm nk msuk gangstarz plak...huhuhu....pep0n..aku nk g raye umah di0rg...every year raye umh di0rg,x miss p0n..bestt w0oooo000....


MaLam LaiLatuL QaDar BerLakU pd 1 MaLam Drpd 10 MaLam TerakHir BuLan RamaDhaN

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.


PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA, UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR


JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:


I) AHAD ATAU RABU, MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.


Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 21 Ramadhan 1429...WALLAHUalam..
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!


Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Sunday, September 21, 2008

SeLamat Hari Lahir ku ke-20

huhu...alhamdulillah....dh 20 tawun rupenyer umur aku nie...
demam aku p0m dh makin baek dh...maybe sebab birthday aku...pep0n,tawun nie aku arap aku bley buat ape yg aku nk capai...n hinggalah tercapai hasrat aku...sem0ga aku terus ceria walaup0n hanya pada mata kasar...tp dlm ati ak sape tau...Allah je yg tau...seM0ga ibadat aku...iman aku...smakin teguh...insyallah....n aku arap family..lecterur2 n kengkawan sume cehat s0km0....n lastly..aku arap dpt give s0mthing kt c K be4 aku da xley "terjpe..terserempak...or trnampak" c K sbl0m die blah dlu....nothing is imp0sible...


sELaMat Hari JaDi TeHa!!!!!!!!!!!!!!......

Saturday, September 6, 2008

Hayati Ramadhan Secara Berkualiti




Kedatangan Ramadan perlu disambut dengan perasaan riang gembira. Hati yang gembira merupakan lambang kepada keyakinan dan keikhlasan hati kita kepada bulan yang dimuliakan ALLAH dan rasul-rasul-NYA. Inilah gesaan Islam apabila menjelangnya hari-hari kebesaran Islam, lebih-lebih lagi Ramadan yang dianggap sebagai “bulan ibadah”.

Apabila kembali kepada sirah Rasulullah, kedatangan Ramadan inilah saat yang amat ditunggu-tunggu Rasulullah dan para sahabat. Kedatangan Ramadan menjadikan mereka sangat ceria dan semakin sibuk dengan amal ibadah kepada ALLAH taala. Kemeriahan ibadah pada Ramadan mengalahkan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan selain di bulan Ramadan. Bahkan yang hebatnya, Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan individu yang paling sibuk beribadah di sepanjang Ramadan.

Bagi memuliakan dan menghormati Ramadan kali ini, marilah kita mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat supaya ibadah-ibadah kita di sepanjang Ramadan dapat membina jati diri yang cemerlang lagi diredai ALLAH Taala. Kita perlu memuliakan Ramadan dengan acara-acara yang disukai ladi diredai ALLAH.

Antara amalan-amalan yang perlu diutamakan pada Ramadan ialah:-

1. Berpuasa dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan ALLAH.

2. Jauhi sama sekali percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati ALLAH.

3. Berusaha seberapa yang boleh untuk menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah seperti solat Tarawih, tahajud terutama pada malam Lailatul Qadar.

4. Pastikan sumber makanan dan minuman kita sepanjang bulan ini jauh dari sumber-sumber haram atau yang meragukan supaya ibadah puasa dan doa kita diterima ALLAH.

5. Berusaha untuk berbuka puasa beramai-ramai kerana pahalanya sangat besar daripada berbuka bersendirian.

6. Sentiasa melakukan solat lima waktu berjemaah.

7. Banyakkan sedekah pada bulan ini kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.

8. Awasilah diri anda daripada menghabiskan waktu tanpa faedah kerana bulan ini bulan ibadah.

9. Jika berupaya, kerjakan umrah dalam bulan ini kerana umrah pada bulan Ramadan sama dengan sekali ibadah haji.

10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur adalah sunah Rasulullah.

11. Segerakan berbuka, sebaik-baik sahaja matahari terbenam.

12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya anda meneruskan ibadah puasa ini dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas besar.

13. Banyakkan zikir pada bulan ini terutama dengan membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik zikir, supaya anda beroleh pertolongan dan syafaat Al-Quran pada hari akhirat.

14. Peliharalah lidah anda daripada berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya di sepanjang bulan ini, kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadan lebih besar dosanya.

15. Segala gerak-geri dan tindakan anda pada bulan ini hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar daripada batas-batas kesederhanaan.

16. Pastikan diri anda dalam bulan Ramadan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH dan mentaati segala suruhan-NYA.

17. Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripada-NYA terutama ketika berbuka dan bersahur.

18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibu bapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya mereka dikurniakan kesejahteraan.

19. Bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang bersungguh-sungguh sepanjang masa, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.

20. Setelah selesai puasa Ramadan, teruskan pula dengan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal kerana pahalanya seumpama berpuasa sepanjang tahun.

21. Teruskan dengan iman, takwa dan amal-amal yang soleh, sekalipun bulan Ramadan sudah selesai hingga anda meninggal dunia.

22. Banyakkan ucapan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. terutama pada hari Jumaat.

Islam mengatur satu cara hidup khusus untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Cara hidup ini apabila dijadikan ikutan, akan dirasai pula hikmah yang tersirat di sebalik ibadah bulan Ramadan sama ada dari aspek pembinaan jasmani mahupun rohani. ALLAH menjanjikan ganjaran yang teristimewa kepada orang-orang yang berpuasa.

Ganjaran ini tiada pada ibadah-ibadah lain kecuali ibadah puasa sahaja. Ia menjadi ‘pemberian peribadi’ ALLAH kepada hamba-NYA yang benar-benar menunaikan ibadah puasa. Dalam sebuah hadis Qudsi, ALLAH Taala menjelaskan: “Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala, kecuali pahala puasa, ia (puasa) untuk-Ku dan Aku akan membalasnya.” (Riwayat Muslim)

Ibadah puasa mengajar kita erti kesabaran dan sifat amanah. Kita dituntut supaya sabar mengharungi kesusahan di sepanjang Ramadan. Kita juga dituntut melaksanakan setiap amalan di sepanjang Ramadan dengan penuh amanah, demi menunaikan amanah yang diwajibkan ALLAH kepada kita. Hasil pengorbanan besar ini, layaklah kita mencapai martabat takwa di sisi ALLAH.

Tuesday, September 2, 2008

Niat Dan Doa BerBuka PuaSa

Niat Puasa





Doa Berbuka Puasa